Sunday, November 8, 2009

TUGASAN 1: KEPENTINGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM P&P

Apa Itu Teknologi?

Teknologi merupakan alat yang membantu manusia dalam pengurusan kehidupan seharian seperti pembayaran bil utiliti melalui internet,e-mail, mesin ATM dan telefon bimbit.

Teknologi pendidikan ialah cara yang sistematik bagi mereka bentuk, melaksana dan menilai keseluruhan proses P&P , dari segi objektif khusus, berdasarkan tentang pembelajaran pendidikan dan komunikasi dengan menggunakan gabungan manusia dan bukan manusia untuk membawa kepada pengajaran yang lebih berkesan. Terdapat dua jenis teknologi iaitu media elektronik seperti video, perakam video, television dan media bukan elektronik seperti papan tulis, buku teks, carta dan gambar.

Dalam konteks pendidikan, teknologi ialah gabungan diantara manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada pendidikan dimana ia dapat meningkatkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam proses P&P.
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

Hasil daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mencetuskan penggunaan multimedia yang berplatformkan komputer dalam bidang pendidikan bagi membantu para pendidik dalam melaksanakan proses P&P.

Apa Itu Inovasi?

Inovasi atau innovation berasal dari perkataan to innovate yang bererti membuat perubahan atau memperkenalkan sesuatu yang baru. Inovasi merujuk kepada memperkenalkan idea baru, barang baru, perkhidmatan baru, cara baru dan produk baru yang lebih bermanfaat dan lebih baik daripada produk sedia ada. Inovasi adalah mengenai perubahan. Proses inovasi ini melibatkan daya kreativiti seseorang itu Inovasi diimplimentasikan dalam aspek pendidikan, pengetahuan, teknologi, ICT, ekonomi, sosial, dan sebagainya. Inovasi itu dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja, bila-bila masa dan dimana sahaja.

Dalam konteks pendidikan, inovasi boleh dilakukan dengan menambahbaik atau melakukan pengubahsuaian dalam kaedah, teknik dan pendekatan yang sedia ada dalam proses P&P. Inovasi amat digalakkan kepada para guru sebagai satu usaha memudahkan pengajaran dan membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Inovasi juga dilakukan bertujuan untuk menarik minat pelajar dengan memasukkan penggunaan teknologi

KEPENTINGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Di Malaysia Program Celik Komputer di sekolah telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan pada tahun 1992 yang melibatkan 60 buah sekolah di seluruh negara. Ia melibatkan langkah awal Malaysia untuk membudayakan teknologi komputer di seluruh negara (Mohamed, 2001).
Setelah 7 tahun membudayakan komputer di sekolah–sekolah pilihan, barulah Malaysia mengistiharkan untuk melancarkan sekolah Bestari (The Malaysian Smart School) yang memberi pendedahan awal penggunaan ICT dalam pendidikan. Pelancaran Sekolah Bestari ini dilakukan oleh bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamed) pada Julai 1999 di 90 buah sekolah (Mohamed, 2001). Tujuannya ialah memberi pendedahan awal tentang ICT agar pelajar dapat mengaplikasikan teknologi ICT dalam kehidupan seharian.

Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh dijelaskan lagi seperti yang dibawah:

1) Merangsang minda pelajar
Penggunaan teknologi dan inovasi dilihat dapat melibatkan pelbagai deria pelajar sama ada deria melihat dan mendengar. Sebagai contoh, penggunaan elemen dalam multimedia iaitu persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi seseorang pelajar dengan lebih mudah berbanding penggunaan imej atau media lain yang statik sifatnya. Seterusnya, penggunaan animasi yang menggambarkan pergerakan planet di dalam sistem suria juga akan lebih digemari oleh para pelajar serta mampu menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah berbanding paparan imej-imej planet yang bersifat statik. Pelajar akan lebih terdorong untuk menggunakan minda mereka dalam proses pembelajaran apabila pengajaran guru itu adalah bersifat menarik dan mudah difahami oleh mereka.


2) Komunikasi dua hala
Penggunaan teknologi dan inovasi juga membolehkan pelajar berkomunikasi secara dua hala. Komunikasi secara dua hala adalah interaksi yang berlaku antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar. Contohnya, penayangan video tentang proses kejadian gerhana matahari dalam matapelajaran Sains. Guru boleh menghentikan, mempercepatkan ataupun memutar kembali video tersebut untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang sesuatu isi pengajaran yang diajar.

3) Celik IT
Guru yang mengaplikasikan ICT dalam proses P&P mereka bukan sahaja dapat memupuk budaya celik IT di dalam diri mereka sendiri tetapi juga di kalangan pelajar. Penggunaan ICT membolehkan guru sentiasa mengetahui dan meneroka sumber-sumber baru bagi dimasukkan dalam pengajaran mereka. Ini secara langsung menjadikan guru tersebut sentiasa mengikuti peredaran semasa dan mengalikasikannya dalam pengajaran. Situasi ini menyebabkan pelajar tidak akan berasa bosan dan malas untuk belajar kerana mereka tahu bahawa guru-guru mereka sentiasa mempunyai bahan-bahan yang menarik untuk dipelajari. Secara tidak langsung, penggunaan ICT dalam pengajaran menjadikan pelajar-pelajar pada zaman sekarang mahir dalam teknologi dan inovasi serta boleh menggunakannya bagi tujuan yang berfaedah seperti pembelajaran.

4) Menarik minat pelajar
Selain merangsang minda pelajar seperti yang dinyatakan di atas, penggunaan ICT dalam bilik darjah juga dapat menarik minat pelajar untuk menghayati dan memahami sesuatu topik yang dibincangkan dengan lebih jelas serta mudah difahami. Ianya dapat memaksimumkan penglibatan pelajar di dalam kelas dan mereka akan menjadi lebih aktif dalam membuat perbincangan, bertanyakan soalan kepada guru dan sebagainya. Contohnya, dalam matapelajaran Sejarah, pelajar akan lebih menghayati subjek tersebut jika guru menggunakan tayangan video tentang sejarah Hang Tuah dan meminta pelajar untuk mencari maklumat mengenai sejarah Melaka menggunakan internet.


5) Menjimatkan masa, tenaga dan wang
Penggunaan teknologi juga dapat melicinkan proses P&P kerana guru boleh memberikan tumpuan kepada isi-isi penting sahaja untuk dimasukkan ke dalam slaid Powerpoint. Slaid yang ringkas dan padat memudahkan pelajar untuk mendapatkan isi pengajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka tidak lagi perlu menyalin semua nota secara bulat-bulat sebaliknya diajar mencari hanya isi-isi penting sahaja. Selain daripada itu, guru-guru juga tidak perlu lagi memberikan nota tangan kepada pelajar tetapi boleh memuatkannya dalam bentuk softcopy supaya mudah diakses oleh para pelajar. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa guru tidak perlu bersusah payah lagi menghabiskan wang untuk membuat salianan nota atau latihan kepada pelajar.

APLIKASI TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM P&P UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR

Dalam konteks pengajaran & pembelajaran (P&P), penggunaan ICT boleh diaplikasikan sebagai medium persembahan dan demonstrasi seperti penggunaan multimedia di dalam powerpoint, video, animasi dan grafik

1) Powerpoint

Penggunaan Powerpoint perlu untuk menarik minat pelajar bagi menyampaikan isi pengajaran yang ringkas dan mudah difahami. Guru boleh menggunakan kaedah CASPER dalam menyediakan slaid.

C-Contrast (Imej, warna, font).

A-Alignment ( justified, center, right-left)

S-Simplicity ( ringkas dan padat)

P-Proximity ( jarak yang bersesuaian)

E-Emphasis ( menekankan pada isi-isi penting)

R-Repetition ( ketekalan pada slaid)


2) Video

Guru menggunakan video bagi menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu tugasan yang perlu dilaksanakan di dalam bilik darjah. Penggunaan video dapat menggambarkan keadaan sebenar di mana pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada dalam situasi yang telah digambarkan. Ia juga mampu meransang pelbagai deria (mata, telinga) di mana ia mampu meningkatkan keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej dengan lebih mudah dan berkesan.Menerusi video, sesuatu penerangan boleh dilakukan secara berulang-ulang dilakukan pada bila-bila masa.

Dalam mengaplikasikan penggunaan video dalam kemahiran hidup, guru boleh menyediakan video berkaitan dengan langkah-langkah menjahit, video yang berkaitan dengan keselamatan semasa berada di dalam bengkel.


3) Animasi

Guru menggunakan animasi di dalam P&P bertujuan untuk menarik minat pelajar kerana animasi merupakan satu medium penceritaan dan visual yang menghiburkan yang memberikan hiburan dan informasi berkenaan dengan sesuatu subjek @ topik. Animasi berbeza dengan yang lain kerana bahasanya dalam bentuk bahasa karikatur. Guru boleh mengaplikasikan cara ini untuk menyampaikan sesuatu isi pengajaran tetapi penyediaannya rumit kerana memerlukan banyak tenaga dan masa.


4) Grafik

Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. Penggunaan grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Berikut merupakan panduan yang boleh diambil perhatian dalam penggunaan grafik :-

  • pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran (umur pelajar)
  • pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama
  • pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas
  • pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi


PENGALAMAN LALU:

Teringat kembali semasa zaman persekolahan dahulu, guru-guru ada juga menggunakan teknologi sebagai alat bantuan mengajar. Apa yang sering digunakan hanyalah OHP dalam mata pelajaran sains untuk menunjukkan cara-cara membuat eksperimen. Cuma sekali sekali sahaja guru akan membawa ke bilik tayangan untuk menonton tayangan video bagi tajuk-tajuk tertentu. Tayangan video pada ketika itu masih menggunakan tape tidak seperti sekarang. Ada juga antara pengalaman kami yang langsung tidak pernah merasai pengalaman belajar menggunakan peralatan teknologi. Guru mengajar menggunakan tradisional seperti chalk and talk dan kertas majong. Buku teks menjadi bahan bantu mengajar yang utama pada masa itu.

Selari dengan perkembangan dan peningkatan teknologi dewasa ini,seharusnya kita bakal guru tidak tipikal dengan kaedah-kaedah yang diamalkan para guru kita. Pada zaman mereka kemudahan amat terhad dan masih belum meluas. Kita perlulah melakukan satu revolusi dalam P&P kita.

Sumber:

Followers